Monday 30 September 2013

Tutorial Simple Bag


Actually buat beg ni untuk gantikan beg susu anak yang dah koyak. Biasa pakai beg non-woven yang selalu dapat free tu. Biasa, beg ni memang tak berapa kuat kan.

Inilah beg yang berjasa tu. Terima kasih kepada Toyota for the free gift!


Saya biasa guna short cut iaitu all the measurement kita ambil dari beg yang dah koyak tadi.

Lepas dah ukur, kita potong kain. Seperti biasa heavy cotton adalah pilihan yang terbaik untuk buat beg yang lasak-lasak ni.

Kita perlukan:
- Main Body
- 2pcs untuk belah kiri & kanan
- 2 pcs untuk buat tali beg


Main Body

2 pcs untuk side kiri & kanan

2pcs untuk buat tali beg.
Untuk buat tali beg, boleh refer post: Tutorial Tali Beg.


1. Mula-mula jahit tepi untuk main body & side kiri & kanan. Tali beg tak perlu.



2. Kemudian, lipat main body & side kiri kanan tadi, lipat dua & tandakan. 

Dengan cara ini kita dapat tandakan bahagian tengah-tengah kain dengan mudah.

3. Sambungkan main body dengan side kiri & kanan tadi menggunakan jarum peniti. Pastikan tanda tengah kain tadi bertemu satu sama lain. 

Selepas dah cantum, ia akan kelihatan seperti di atas. Beg yang separuh siap tapi belum dijahit.

4. Kemudian kita jahit di sekelilingnya. 

Kita akan dapat beg yang separuh siap seperti di atas. 


5. Selepas itu, jahit pula di bahagian tepi luar beg.

Jangan lupa setkan jarum ke kanan.


Kita akan dapat hasil seperti di atas. 

6. Seterusnya, lipat bahagian atas beg sebesar 1/2 inci & gosok. 

7. Kemudian, lipat lagi sebesar 1 inci & gosok.

8. Setelah itu, kita sisipkan tali beg ke bawah lipatan tadi & pinkan.

9. Jahitkan keliling bahagian atas beg. 

Hasilnya seperti di atas.

10. Akhir sekali, lipatkan tali beg ke atas & jahit di bahagian atasnya pula. Masa ni, setkan jarum di bahagian kanan. Jahit keliling.

11. Inilah hasilnya; a simple bag. Simple je kan...


Actually beg ni untuk letak susu anak bila balik kampung.




 Saya harap anda semua faham tutorial ni. Kalau ada apa-apa persoalan atau kemusykilan boleh komen kat sini. InsyaAllah saya akan bantu. Diharapkan perkonsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment