Monday 30 September 2013

Tutorial Tali Beg

Untuk tutorial tali beg kali ni, kita guna kain heavy cotton.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Kain heavy cotton yang dipotong
Seterika
Benang
Mesin jahit


 Mula-mula kita potong kain panjang ikut yang kita suka & lebar 4". Dengan lebar 4" ini kita akan dapat tali beg yang dah siap dengan lebar 1".


 Kemudian, lipat dua & gosok kedua-duanya. 


Lepas tu, buka lipatan tadi & lipat separuh kedua-dua belah tepinya (seperti gambar di atas). Kemudian gosok.


Inilah hasilnya lepas dah gosok.


Kemudian, lipat dua lagi sekali & gosok.


Selepas gosok tu kita akan dapat macam ni. 


Ok dah habis sesi melipat & menggosok, sekarang masa untuk menjahit pula. Kita jahit bahagian kiri & kanan tali tadi.


Masa ni adjust jarum ke sebelah kiri supaya jahitan berada betul-betul kat tepi tali. 


Inilah hasilnya selepas kedua-dua tali tadi dijahit. Lebar tali ni adalah 1".

 Untuk dapatkan kelebaran yang lain, anda cuma perlukan darabkan lebar sebenar dengan 4. 

Sebagai contoh, kita nak buat tali selebar 2", jadi kita perlu potong lebar kain tu 2"x4 = 8". Lepas tu ikut cara seperti di atas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment