Sunday 2 March 2014

Laundry Bag versi IBF

Biasa tak tengok laundry bag.. Selalunya yang kita boleh beli kat kedai rupa macam yang kat atas tu kan. Memang senang & simple. 

Tapi sebagai pembuat beg tegar... chewah! Macam tak cantik je pandangan bila tengok laundry bag camtu kan... 

So projek kali ni adalah buat laundry bag yang tak nampak macam laundry bag. Stylo la sket kan...

Langkah pertama adalah saya beli beg yang macam saya nak buat dulu. Ini adalah untuk dapatkan ukuran dan guide untuk buat bag nanti. So kalau ada macam tersasar je boleh check apa yang tak sama. Saya panggil sebagai guide la kan senang.

Ini adalah sample bag yang akan di-TIRUVASI. Beli kat kedai RM2 je. Tapi maaf... beg ni bukan berharga RM2, almost RM10. Macam cantik kan... Tapi disebabkan material dia adalah plastik, so pakai 2-3 kali memang insyaAllah ranap. 

Langkah yang pertama adalah ambil ukuran dulu. Pastu catatkan di buku nota. 
Sila abaikan tulisan yang berseni tu ye. Orang kreatif memang tulisan macam tu... Senyummm...! :D

Kemudian, kita potong kain. Untuk main body & tali saya gunakan dua kain yang berlainan. Kalau nak lagi senang, boleh juga tali tu guna cotton webbing je.

Untuk makluman, beg ni takde lining.

Ini kain untuk main body. Cantik kan... 

Seterusnya, jahit tepi untuk main body. 

Lepas tu, jahitkan zip. Saya gunakan zip warna pink untuk menampakkan contra warna beg nanti.

Kemudian jahit lagi sekali lagi kat bahagian luar untuk nampak lebih kemas.

Oppp... jangan lupa siapkan tali. Untuk beg ni kita perlukan tali beg yang panjang.

Sebabnya tali beg akan dijahit ke sekeliling main body. Kenapa... Sebab laundry bag ni besar & kalau fully loaded akan jadi sangat berat. So tali beg tadi akan menampung berat beg. Dah macam kelas sains lak... I luv science class... :)

Lepas tali dijahit ke main body, kita cantumkan main body tadi menjadi sebuah beg.

Ini adalah beg yang dah siap, dibandingkan dengan beg yang dibeli di kedai. Macam sama jek...

#Minta maaf tak dapat buat tutorial untuk laundry bag ni sebab masa tak cukup. Last minute project...
Apa-apa pun... Saya suka! Saya suka! :)

No comments:

Post a Comment