Sunday 31 May 2015

Dress Nampak Slim

Ramai ngadu buat macam-macam tapi payah sungguh nak slim. Macam biasa dengar kan... Tapi memang betul pun... 

Tapi sebenarnya ada cara yang cepat tau.

Contohnya kita ikut tips fesyen:
- Pakai pakaian bewarna gelap
- Pakai pakaian yang ada garisan menegak untuk dapat ilusi kurus.

Untuk orang rendah, pakai long dress memang kadang-kadang merungsingkan sebab nanti takut lagi rendah. 

So customer saya ni ambil langkah bijak. Pilih kain warna gelap & minta buat dress panel cut.

Ada zip sorok kat depan sebab kalau kat belakang payah sikit katanya.


Customer request tangan cerut getah.

Untuk tempahan dress @ jubah boleh contact 013-2256707.

Thursday 14 May 2015

Tutorial Sprocket Pillow

Sprocket pillow ni sesuai dijadikan sebagai gift for someone special. Tak pun kalau buat untuk anak pun ok sebab pillow ni cute jer...

Ok hari ni saya nak share cara-cara membuatnya:


Pertama sekali kita potong 2 jenis kain (lain2 corak). Kita panggil kain A & B. 
Ukuran: 7" x 4". 
Kain A 24pcs. Kain B 24pcs

Kita susun kain A & B secara berselang-seli. 
Kita nak buat 2 sides ya. Each side 12pcs.

Then jahit untuk cantumkan untuk dapatkan satu side cam kat atas tu.

Sprocket pillow yang ni buat untuk anak-anak so saya decorate dengan decorative felt fruits.
Yang ni beli kat kedai barang jahit je.

Kemudian jahit cerut bahagian tengah (bahagian dalam) kalau tak nanti berlubang pulak.

Untuk nampak comel lagi saya letak butang kat bahagian luar tengah tadi.

Ok inilah hasilnya. Kita akan dapat 2 sides macam kat atas tu.

Potong lagi satu kain untuk bahagian tepi pillow.
Ukuran: 49" x 3".

Inilah rupanya bila dah dijahit tepi.

Tapi kena tinggalkan bukaan 5" untuk kita masukkan fibre.

Inilah rupa fibre untuk pillow kita. Boleh beli kat kedai barang jahit.

Bila dah selesai masukkan fibre kita jahitkan bukaan tadi.

Tada... Dah siap....
Ok inilah hasilnya.... Comel kan...

For this project I made six of them untuk bagi pada cikgu tadika anak.

Selamat mencuba ya!

Sunday 10 May 2015

Dress Lycra

Ini pengalaman first time jahit kain lycra. Sebenarnya saya memang bukan peminat kain lycra. Jahit kain biasa-biasa je sebab kain lycra ni jenis kain memeri (strectable). Agak scary la to me...

Tapi bila customer dah hantar kain lycra I decided to try. Tak cuba tak tahu kan....

Saya ambil masa seminggu untuk search & godeh-godeh internet. Alhamdulillah ada juga yang share pasal kain lycra ni. Ada beberapa pantang-larang gak kalau jahit kain lycra ni.

Sebelum buat baju orang seperti biasa saya akan buat baju untuk diri sendiri dulu.

For myself saya buat blouse. Kain purple ni beli kat nagoya melaka.

Alhamdulillah, hasilnya saya puas hati. First time saya rasa best pakai kain lycra. Sebelum ni tak berapa suka... mungkin sebab beli dah siap kot. Hehe... alasan macam poyo jer.... 

So lepas tu bermulalah sesi menjahit dress customer. After the second time saya rasa senang gak jahit kain lycra ni. Yang penting tak yah nak pasang butang atau zip kat belakang baju. Dah mudah kerja.

Tapi actually tak semudah yang disangka. Kena adjust benang, kena tukar jarum, kena tukar tapak. Takper untuk first time memang susah. Next time dah senang. hehe... Ayat sedapkan hati.

Ini dress yang pertama siap. Customer request dress extra kembang. Untuk dress extra kembang ni nak cantik kena pakai kain bidang 60". 

Memang sesuai la dengan kain lycra kan. Extra kembang, extra flowy....

Customer request tangan ada zip, macam trend sekarang ni.

 Ini dress kedua. Kalau kat patung memang tak nampak flowy-nya. Bila pakai insyaAllah cantik. 

Rupa-rupanya orang suka pakai kain lycra ni sebab bila dah jadi dress memang cantik dan flowy. 

Ini tangan yang berzip. Kalau tangan jahit camni, tangan kita akan nampak kurus sket. 

Seronok betul rasa bila dah siap dua2 dress ni. Yang penting dapat belajar benda baru sambil-sambil upgrade my sewing skill. Alhamdulillah.... 

Monday 4 May 2015

Dress Puffy Sleeve

Alhamdulillah, syukur sangat walaupun baru berjinak-jinak buat dress ada pulak orang nak tempah. So sebab skang ni pun memang tengah semangat so amik la juga tempahan ni walaupun dalam hati berdebar-debar.


Buat dress with puff sleeve for the first time as per customer's request.
Seronok gak dapat buat benda baru.  

Suka2... 

Lepas dah fitting memang cantik! Customer pun happy.... :) 

Lengan cuff dari view dekat. 
Lengan bergetah.

Pandangan dari tepi.

Untuk tempahan dress boleh contact 013-2256707.

Wednesday 15 April 2015

Adjust Kain Berlubang

Seronoknya dapat siapkan dress ni. Dress panel cut. Kain pun sangat cantik, lembut & sejuk. Love the colour too... Dull satin... Kan tengah 'IN' sekarang kan...

Untuk dress ni saya buat dress princess cut & potong gigi buaya. Rupanya kalau potong gigi buaya memang cantik jadi dress-nya. Nampak flowy & fefeling princess jer.... hehe...

Memang buat dress ni nak plain je. Sebab buat pun untuk ambil anak balik sekolah je. 

TAPI..... 

Sayangnya kain ni berlubang kat tengah-tengah. Adjust macam mana pun terpaksa kena juga. Kain ni beli kat Nilai 3. Nasib baik hari tu dapat extra kain sebab dah jadi regular customer. Ataupun dia dah tahu... ish.. tak baik sangka buruk kat orang...

Ok sambung... 

Sebenarnya kalau dari jauh tak nampak. Tapi sebab kita dah tahu so agak nervous nak terus pakai. (macam la ada orang nak tilik baju kita... perasan...)

Nasib baik juga lubang tu kat depan & area tu boleh di-adjust lagi.

Ini gambar closed-up lubang tu. Nampak cenonet kan tapi takut dibiarkan nanti lama-lama jadi besar lak. Lagi payah nak di-adjust nanti.

Penyelesaiannya....

Inilah penyelamat keadaan. 
LACE

Beli yang lebar supaya ter-cover betul-betul lubang tu nanti.

Mula-mula pastikan adakah lace tu boleh cover lubang tu.

Lepas dah confirm, kita boleh la jahit lace ke badan baju. 

Dah siap.... 
Untuk lace saya jahit pakai mesin je sebab design dia simple.

Yeay...! Dah boleh tersenyum sekarang.

Dress yang biasa-biasa 'terjadi' luar biasa.

Nampaknya dress ni pakai gi kenduri pun ok kan. So sapa-sapa nak buat kenduri boleh jemput saya. 

Kalau sesiapa ada baju berlubang boleh la try tips ni. :)

Untuk yang berminat nak tempah dress boleh contact 013-2256707.

Thursday 2 April 2015

Dress Princess Cut

Saya memang minat menjahit. Tapi sebenarnya bukan pandai sangat pun... Cuma bila dah teringin tu memang akan cari sampai dapat.

Ceritanya nak pergi belajar kat mana2 kelas yang boleh ajar buat dress ni. Tapi semua kelas biasanya during weekend which weekend memang biasanya packed dengan aktiviti family. 

So godek2 la internet. Alhamdulillah... ada juga yang share kat internet ni cara nak buat dress.

Antara benda yang paling saya fobia adalah nak buat pola. Tapi kalau takde pola camana nak buat dress kan...

So saya teruskan usaha mencari...

Cari punya cari terjumpa la akhirnya....

Untuk buat pola dress saya refer kat sini -----> Cara lukis pola princess cut - florabeadz

Kat situ tunjuk cara nak buat gigi buaya sekali. 

Okay dah settle satu hal tapi nak kena cari cara buat pola tangan lak. Ni lagi satu benda yang saya seram. Sebab kalau tak betul potong tangan nanti tak sedap pakai jadinya.

Cari punya cari, terjumpa la beberapa blog yang share cara nak buat pola tangan. Dalam banyak-banyak tu saya paling suka kat blog Inayus.

Untuk pola tangan saya refer kat sini ---->  Cara lukis pola tangan - Inayus

Dan inilah hasilnya:

Bahagian depan

Bahagian belakang.

Jubah basic ni tak kembang macam kembang payung tu. Rasanya kalau potong ikut gigi buaya baru dapat kembang payung kot. But just nice la....

Pandangan sisi.

Berjaya jahit zip sorok dengan tersoroknya....

Untuk dress a.k.a jubah basic ni boleh guna 4 meter je untuk yang berbadan kecil a.k.a rendang cam saya. Kalau tinggi kena pakai 4.5 meter. 

Terima kasih pada anda yang rajin share tutorial kat blog atau pun youtube. Sangat-sangat membantu orang cam saya ni.... 

Friday 20 March 2015

Tutorial Lunch Bag

Lunch bag ni buat untuk anak. So kalau jalan-jalan boleh letak botol air & bekal kat dalam tu. Comel2 je sebab budak bukan boleh bawa berat2 kalau jalan-jalan kan...

Sekarang ni kan musim panas. Kalau jalan-jalan mesti nak kena bawak botol air sebab tak nak de-hydrated. 

Okay jom tengok cara-cara nak buat lunch bag ni....

Bahan-bahan yang diperlukan:


Heavy cotton & kain keras bergam (interfacing)

~ yang kat atas ni dah siap letak interfacing kat belakang~

Kain cotton sebagai lining.

Potong main body, bahagian tepi beg & penutup beg.

D-ring & yang hitam tu tempat untuk adjust tali beg. Saya panggil adjuster.
Nama formal dia saya tak tahu. Boleh beli kat kedai barang jahit.

cotton webbing untuk buat tali beg.

velcro tape

Cara-cara:

Cantumkan bahagian main bag & bahagian tepi.
Buat untuk bahagian luar beg & juga lining.

Nanti kita akan dapat camni.

Okay sekarang kita buat penutup pulak.

Cantumkan bahagian luar & lining. Kemudian jahit keliling.

Kita akan dapat cam kat atas tu. 
Snip sedikit kat bahagian melengkung supaya senang bila nak diterbalikkan nanti.


Bila dah diterbalikkan kita akan dapat camni.

Kemudian topstich di bahagian tepi penutup tadi.

Kemudian potong cotton webbing dalam 3 inci.


Masukkan D-ring in between cotton webbing & jahit di bahagian atas luar beg macam gambar kat atas.


Lepas tu, potong cotton webbing ikut la panjang yang kita suka & bakar sikit kat salah satu hujungnya.

Kemudian, masukkan hujung yang dibakar tadi ke tempat adjust tali beg macam kat gambar atas. 
Ini adalah bahagian belakang tempat adjust tu.

Lipat ke dalam sikit & jahit.

Supaya dapat macam ni nanti.

Masukkan tali beg yang hujung satu lagi ke dalam D-ring & slip trough the adjuster supaya dapat macam gambar kat atas tu.

Lepas tu, jahit tali kat sebelah lagi beg. Biasanya saya akan lebihkan sikit tali beg ke dalam (lebih kurang 1inci)  supaya tali tu lebih kuat & stabil masa pakai beg nanti.

Kemudian masukkan beg lining ke dalam main bag. 
Cantumkan sekali dengan flip tadi & pin kat sekeliling beg.
Pastu, jahit.


Jahitkan velcro tape kat bahagian penutup & badan beg


Selamat mencuba ya!