Wednesday 22 January 2014

Panduan Dah Siap...



Alhamdulillah... salah satu matlamat saya  untuk 2014 dah terlaksana. Dari tahun lepas dah terfikir dah nak share ilmu buat beg yang ada dan baru awal tahun ni dapat dilaksanakan.

Saya memang suka buat beg. Masa mula-mula tu buat beg suka-suka. Lepas tu ramai lak yang nak order. Seronok... :)


Masa mula-mula belajar buat beg ni dulu saya start surfing internet. Pastu cuba juga la cari-cari kalau2 ada orang jual ebook atau buku yang dalam bahasa Melayu. Tapi tak jumpa. Pergi kedai buku memang tak jumpa yang bahasa Melayu. Pastu try tengok kat Kinokuniya, yang ada cuma buku bahasa Jepun. Sebab nak belajar punya pasal saya beli juga. Masa mula-mula tu naik juling jugak mata nak memahamkan gambar-gambar dia. 


Yang pasti kalau benda menjahit-jahit ni memang kena buat baru cepat faham. Masa mula-mula tu memang selalu tak jadi dari yang jadi. Tapi masa tu memang percaya usaha tangga kejayaan. Sekarang ni saya dah boleh design sendiri beg. Dan kebanyakan order yang saya ambil adalah custom order.


Actually buat buku ni satu ilmu baru untuk saya. Kalau tak buat mana nak tahu kan. Memang tak sama dengan kerja jahit-menjahit ni. Tapi alhamdulillah siap juga dengan izin Allah. Harapan saya agar ramai dapat manfaat dari buku ini. 

Sebelah gambar tu radio kan. Itulah radio peneman dan pemberi inspirasi. My favorite radio is Light.fm sebab lagu kat situ relax-relax je.


Saya berharap ilmu yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang terutama wanita, student atau surirumah yang berminat dengan aktiviti menjahit kraf.

Jangan lupa visit page: Inspirasi Beg Fabrik di Facebook ye. :)

No comments:

Post a Comment