Tuesday 28 January 2014

Beg Merah Itu...


Alhamdulillah, baru-baru ni dapat join AMP lagi kat Mines, MIECC. Last time pegi masa 2012, saya pegi berdua ngan husband. Kali ni saya pegi sorang sebab husband sangat busy. Tu pun sebab penangan AMP la tu. Hehe... Seronok sebenarnya gi belajar ni. Dapat ilmu, dapat kawan... :)

Perasan tak beg kat atas tu? Actually itu adalah salah satu contoh beg dalam buku 'Panduan Mudah Membuat Beg Fabrik. Biasa kalau pegi kelas husband yang akan bawa semua barang saya. Sebab kali ni saya jadi lone-ranger so kena la bawa beg besar sket. Bila tengok beg merah tu; macam cantik je, macam comel jer... So jadilah beg tu sebagai peneman sepanjang AMP.

Beg ni juga membawa kenangan yang best masa AMP. Masa AMP tu ramai la dapat kawan baru. The best part is diorang tu cam saya sepanjang AMP tu sebab kan beg merah itu... Bila nampak beg merah itu... diorg pun; "eh... jumpa la gi kita...!" Seronok sangat sebab kita saya kan lone-ranger masa tu kan... hehe...

Ramai yang pelik bila saya tulis buku pasal buat beg sebab saya bisnes benda lain. Actually buat beg adalah hobi saya. Sanggup tak tido malam kalau bila tiba mood nak buat beg datang. Koleksi kain jangan cakap la kan.

Saya tergerak hati buat buku beg ni sebab saya nak share ilmu yang saya ada ni. Ingat lagi masa mula-mula dulu semua blog omputeh saya belek. Mana yang ada tutorial memang saya follow sebijik-sebijik. Pastu try la cari buku kat kedai buku. Yang ada kebanyakan dalam bahasa Jepun & Cina. Buku english pun jarang jumpa. 

So saya rasa rugi kalau saya tak share-kan ilmu buat beg ni dengan ramai orang kat luar sana. Sebab saya percaya ramai yang ada hobi buat beg macam saya ni. Macam yang Dr Azizan kata kat 'atas tu' kan. Bila kita share lagi berkat ilmu yang ada ni rasanya.

Buku 'Panduan Mudah Membuat Beg Fabrik' tu adalah panduan asas untuk kita buat beg. Untuk yang terror mesti rasa cam 'kureng' je kan. Actually kalau ada asas macam mana nak ukur, potong & jahit beg, insyaAllah kita dah boleh duit dah... Eh... tetiba lak cite pasal buat duit lak ek... Tadi citer pasal buat beg je.

Ha... ni nak citer pasal peluang yang saya dapat dengan buat beg ni. Saya pernah dapat order buat beg sebanyak 1,000pcs untuk satu kedai ni. Kalau satu u caj RM2 pun kan dah dapat RM2,000. So, sapa kata hobi buat beg ni takleh buat duit? Yang penting kita mesti yakin dengan apa yang kita buat.

Saya sangat berharap ramai yang dapat manfaat dari buku 'Panduan Mudah Membuat Beg Fabrik' ni. Kepada sesiapa yang ada pertanyaan pasal buat beg pun boleh je nak tanya-tanya kat saya. Boleh PM kat Page: Inspirasi Beg Fabrik. :)



Wednesday 22 January 2014

Panduan Dah Siap...



Alhamdulillah... salah satu matlamat saya  untuk 2014 dah terlaksana. Dari tahun lepas dah terfikir dah nak share ilmu buat beg yang ada dan baru awal tahun ni dapat dilaksanakan.

Saya memang suka buat beg. Masa mula-mula tu buat beg suka-suka. Lepas tu ramai lak yang nak order. Seronok... :)


Masa mula-mula belajar buat beg ni dulu saya start surfing internet. Pastu cuba juga la cari-cari kalau2 ada orang jual ebook atau buku yang dalam bahasa Melayu. Tapi tak jumpa. Pergi kedai buku memang tak jumpa yang bahasa Melayu. Pastu try tengok kat Kinokuniya, yang ada cuma buku bahasa Jepun. Sebab nak belajar punya pasal saya beli juga. Masa mula-mula tu naik juling jugak mata nak memahamkan gambar-gambar dia. 


Yang pasti kalau benda menjahit-jahit ni memang kena buat baru cepat faham. Masa mula-mula tu memang selalu tak jadi dari yang jadi. Tapi masa tu memang percaya usaha tangga kejayaan. Sekarang ni saya dah boleh design sendiri beg. Dan kebanyakan order yang saya ambil adalah custom order.


Actually buat buku ni satu ilmu baru untuk saya. Kalau tak buat mana nak tahu kan. Memang tak sama dengan kerja jahit-menjahit ni. Tapi alhamdulillah siap juga dengan izin Allah. Harapan saya agar ramai dapat manfaat dari buku ini. 

Sebelah gambar tu radio kan. Itulah radio peneman dan pemberi inspirasi. My favorite radio is Light.fm sebab lagu kat situ relax-relax je.


Saya berharap ilmu yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang terutama wanita, student atau surirumah yang berminat dengan aktiviti menjahit kraf.

Jangan lupa visit page: Inspirasi Beg Fabrik di Facebook ye. :)

Monday 13 January 2014

Black & White Polkadot

Suka sangat dengan kain polkadot ni. Kain ni pun best sangat. Walaupun kain 100% cotton yang biasa-biasa. Beli kat kedai Nagoya. Harga dah tak ingat tapi mahal sket sebab quality bagus katanya. Memang betul la tu.

Buat beg ni untuk makcik bawa pegi baca Yassin. Macam ni la selalunya. Kalau takde aktiviti selalu cari sebab untuk buat beg. Saja-saja untuk asah skil ni.

Ini bahagian dalam beg. Black & white juga. Matching la gitu. Dalam pun pakai kain 100% cotton. 

Actually pernah gak try buat beg dengan kain selain 100% cotton atau heavy cotton tapi tak berapa cantik. Ataupun tak tahan lama sebab kain tu cepat koyak. Masa tu walaupun dah tahu tapi nak try gak kan. Kadang-kadang bila tak nampak depan mata tak caya. Itu lah saya.... 

Cer tengok bila beg ni posing. Macam cantik jer... Macam comel jer... Hehe... 

Beg ni memang comel. Memang sesuai untuk letak barang kecik macam purse, surah Yassin atau pun make-up.