Monday 30 September 2013

Tutorial Simple Bag


Actually buat beg ni untuk gantikan beg susu anak yang dah koyak. Biasa pakai beg non-woven yang selalu dapat free tu. Biasa, beg ni memang tak berapa kuat kan.

Inilah beg yang berjasa tu. Terima kasih kepada Toyota for the free gift!


Saya biasa guna short cut iaitu all the measurement kita ambil dari beg yang dah koyak tadi.

Lepas dah ukur, kita potong kain. Seperti biasa heavy cotton adalah pilihan yang terbaik untuk buat beg yang lasak-lasak ni.

Kita perlukan:
- Main Body
- 2pcs untuk belah kiri & kanan
- 2 pcs untuk buat tali beg


Main Body

2 pcs untuk side kiri & kanan

2pcs untuk buat tali beg.
Untuk buat tali beg, boleh refer post: Tutorial Tali Beg.


1. Mula-mula jahit tepi untuk main body & side kiri & kanan. Tali beg tak perlu.



2. Kemudian, lipat main body & side kiri kanan tadi, lipat dua & tandakan. 

Dengan cara ini kita dapat tandakan bahagian tengah-tengah kain dengan mudah.

3. Sambungkan main body dengan side kiri & kanan tadi menggunakan jarum peniti. Pastikan tanda tengah kain tadi bertemu satu sama lain. 

Selepas dah cantum, ia akan kelihatan seperti di atas. Beg yang separuh siap tapi belum dijahit.

4. Kemudian kita jahit di sekelilingnya. 

Kita akan dapat beg yang separuh siap seperti di atas. 


5. Selepas itu, jahit pula di bahagian tepi luar beg.

Jangan lupa setkan jarum ke kanan.


Kita akan dapat hasil seperti di atas. 

6. Seterusnya, lipat bahagian atas beg sebesar 1/2 inci & gosok. 

7. Kemudian, lipat lagi sebesar 1 inci & gosok.

8. Setelah itu, kita sisipkan tali beg ke bawah lipatan tadi & pinkan.

9. Jahitkan keliling bahagian atas beg. 

Hasilnya seperti di atas.

10. Akhir sekali, lipatkan tali beg ke atas & jahit di bahagian atasnya pula. Masa ni, setkan jarum di bahagian kanan. Jahit keliling.

11. Inilah hasilnya; a simple bag. Simple je kan...


Actually beg ni untuk letak susu anak bila balik kampung.




 Saya harap anda semua faham tutorial ni. Kalau ada apa-apa persoalan atau kemusykilan boleh komen kat sini. InsyaAllah saya akan bantu. Diharapkan perkonsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Tutorial Tali Beg

Untuk tutorial tali beg kali ni, kita guna kain heavy cotton.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Kain heavy cotton yang dipotong
Seterika
Benang
Mesin jahit


 Mula-mula kita potong kain panjang ikut yang kita suka & lebar 4". Dengan lebar 4" ini kita akan dapat tali beg yang dah siap dengan lebar 1".


 Kemudian, lipat dua & gosok kedua-duanya. 


Lepas tu, buka lipatan tadi & lipat separuh kedua-dua belah tepinya (seperti gambar di atas). Kemudian gosok.


Inilah hasilnya lepas dah gosok.


Kemudian, lipat dua lagi sekali & gosok.


Selepas gosok tu kita akan dapat macam ni. 


Ok dah habis sesi melipat & menggosok, sekarang masa untuk menjahit pula. Kita jahit bahagian kiri & kanan tali tadi.


Masa ni adjust jarum ke sebelah kiri supaya jahitan berada betul-betul kat tepi tali. 


Inilah hasilnya selepas kedua-dua tali tadi dijahit. Lebar tali ni adalah 1".

 Untuk dapatkan kelebaran yang lain, anda cuma perlukan darabkan lebar sebenar dengan 4. 

Sebagai contoh, kita nak buat tali selebar 2", jadi kita perlu potong lebar kain tu 2"x4 = 8". Lepas tu ikut cara seperti di atas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Tubey Pouch Dah Siap!


Alhamdulillah, dah siap pun projek tubey pouch ni. Ada berapa semuanya? Entah la tak sempat kira ari tu. Once siap je terus iron & pack. Over excited. Hehe...


Ini talinya guna reben putih. Actually kita pakai apa yang ada kat rumah ni je. Memang dah hobi mengumpul benda-benda macam ni kan. So guna je la.


Dah habis reben putih tu kita pakai reben hijau ni. Bila dah siap baru perasan yang tekstur reben tu macam kasar sikit. Harap-harap ada la kegunaannya nanti kat sana.


Ok yang ni kita pakai tali barut. Memang lembut. Beli dah lama tapi baru sekarang guna. Alhamdulillah, bila kita niat buat baik, InsyaAllah dipermudahkan urusan kita.

Actually ada perkara menarik yang berlaku masa dalam proses buat sarung bantal & tubey pouch ni ari tu. Insya Allah kita akan kongsikan nanti dengan harapan ramai orang dapat manfaat dari perkongsian tu nanti. 

Tuesday 24 September 2013

Tubey Pouch Tutorial

Ini satu lagi projek Ku Sarungkan Kasih. Mana-mana kain left-over masa buat sarung bantal hari tu diorang suggest kita buat tubey pouch untuk letak tube chemotherapy. Dari apa yang saya search kat internet, tube chemotherapy ni diorang biasa letak kat dada. Correct me if I am wrong ye...

Kita perlukan:
Kain 11.5" x 4"
Tali reben 26"

 Mula-mula jahit kedua-dua bahagian yang pendek.

Kemudian, lipat dua dan jahit kiri & kanan.

Lepas tu jahit tepi.

Last sekali, jahitkan tali reben pada pouch tadi.

 Tadaaa... dah siap!

Sekarang projek ni still in progress. Bila dah siap nanti insyaAllah saya akan upload di sini.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya kenapa saya beria-ia sangat dengan projek ni. May be in future post saya akan share-kan.

Untuk anda yang berminat untuk join projek ni, anda ada masa lagi. Kalau berminat, tapi tak reti menjahit boleh contact saya & I'll arrange-kan something for you.

Monday 23 September 2013

Cerita Sarung Bantal


September 1,000 Pillowcases: itulah cerita sarung bantal kali ni. Ini adalah satu program charity untuk donate 1,000 sarung bantal untuk kanak-kanak pesakit kanser. Frankly saya tak pernah buatkan sarung bantal untuk anak-anak sebelum ni. Semuanya beli je.

Untuk kali ni special. Alhamdulillah, kain yang comel-comel pun ada dalam simpanan. So saya ambil kesempatan ini untuk sama-sama menyumbang.

Program ini adalah anjuran Geng Menjahit Club & projek ini diberi nama Ku Sarungkan Kasih.

Detail adalah seperti di bawah, yang diambil dari fanpage: KuSarungkan Kasih;


SEPTEMBER 1000 PILLOWCASES DRIVE: KRITERIA & ALAMAT PENGHANTARAN

September 20, 2013 at 4:30pm
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada projek ini, anda boleh menyumbang dalam bentuk:

Sarung bantal
:  berukuran 29 x 19 incihendaklah menggunakan 100% cotton lembut yang berwarna dan bercorak ceria. 

Fabrik untuk sarung bantal100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria berukuran sekurang-kurangnya 1 meter bagi setiap corak.

Wang ringgit: Untuk kami membeli fabrik dan menjahit sarung bantal.

Note: Kulit pesakit kanser agak sensitif akibat rawatan yang mereka terima. Mohon semua penderma mematuhi kriteria di atas.


ALAMAT PENGHANTARAN FABRIK DAN SARUNG BANTAL BAGI PROJEK SEPTEMBER 1000 PILLOWCASES DRIVE

Hantarkan sarung bantal / fabrik ke:-

1. Zawiah Mohd Daud- No. 51, Jalan 12, Taman Dato Senu, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.HP: 013-3687374

2. Rozi Abdul Rahman- No 21, Jalan P9B 1/15, Presint 9, 62250 Putrajaya. WilayahPersekutuan Putrajaya. HP: 012-2038117

3. Norida Abdul Rashid - No 1, Jalan Belatuk 6/4B, Section 6, 40000 Shah Alam, Selangor. HP: 012-6365851

4. Siti Aishah Sadri - B4-G-7 Desa Mentari, Jln PJS 6 / 5C, 46000 Petaling Jaya. HP:012-3814647

5. Wan Shamsiah Yahya - 14, Jalan Hilir 2, Taman Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur. HP: 013-3434308

6. Hajiah Mohd Yusof - 443, Jalan LH 12,Taman Lavender Heights, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

7. Haidatul Azila Johar - Lot 3393 Taman Kalungan Intan, Kampung Balai Besar. 23000Dungun. Terengganu. HP: 0139593028

8. Putri Khalijah Zakaria - No17 Jalan Kebangsaan 53, Taman Universiti,81300 Skudai, Johor Bahru, Johor. HP: 017-7550601

9. Hartini Zulaikha- d/a Razaimi bin Abdul Rashid, Rumah Warden Desa Bakti , IKM Beseri, Km 14 Jln Kaki Bukit,02400 Beseri Perlis. HP:019-5057535

10. Suhailey Mohd Noor - MeMedia Sdn Bhd K 9612, Ground Floor,Taman Chukai Utama, 24000 Kemaman,Terengganu.HP: 012 921 4064


SUMBANGAN WANG RINGGIT

Bank in ke akaun Maybank Geng Mesin Jahit Selangor - 569954054394
atau cek diatas nama Persatuan Geng Mesin Jahit Selangor
Mohon maklumkan ke email: gmjclub@yahoo.com

-----------------------------------------------------------
Kepada anda yang berminat, jangan risau masa ada lagi. Jom kita sama-sama beramal. Semoga usaha mereka ini diberkati Allah. Amin...

Tuesday 17 September 2013

Tutorial Apron

Kali ni nak share tutorial buat apron. Dulu-dulu tak suka sangat pakai apron. Sebabnya malas. Tapi bila tengok baju lepas masak bercapuk-capuk dengan minyak so sekarang ni memang kena pakai apron. At least bila lepas masak takde la nak kena tukar baju lain lak kan.

Masa tak pandai jahit dulu beli je apron. Tapi sekarang dah pandai so kita jahit sendiri je la. Terisi sikit masa lapang yang tersangat lapang ni. Untuk apron ni, kita gunakan heavy cotton. Tahan lasak sikit. 

 Cara paling senang adalah kita trace dari apron dulu-dulu yang kita beli kat kedai tu. Basically saiznya adalah standard. Masa gunting tu lebihkan dalam 1/2 inci.

Untuk apron ni, kita perlukan:
1. main apron
2. pocket
3. tali untuk leher & pinggang (4pcs semuanya)
4. D-ring saiz 1 inci.

Mula-mula kita sediakan tali dulu. Tali yang paling pendek tu untuk kita letak D-ring.


Pasang poket kat tengah-tengah apron.

Lepas jahit tepi di sekeliling apron, pasang D-ring.

Kemudian pasang tali untuk leher.

Lepas tu pasang tali untuk bahagian pinggang.

Akhir sekali, jahit di sekeliling apron.

Inilah hasilnya apron yang dah siap.

 Simple kan!

Untuk anda yang berminat untuk dapatkan kain heavy cotton boleh dapatkannya di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.326244607512951.1073741828.326233247514087&type=3