Saturday 19 October 2013

Fabric Garland

Semalam tengok TV and ada satu family buat party and diorang sangkut fabric garland as part of the decorations. What a briliant idea!

Dalam bahasa melayu apa ye fabric garland... Tak pasti la..

Di Malaysia ada gak yang buat servis untuk fabric garland ni. Boleh surf kat internet & facebook.

The good thing about fabric garland is:
1. we can use kain yang lebih-lebih from previous sewing project. so dah jimat.
2. we can re-use. kalau paper garland tu biasa lepas event akan renyuk or kalau simpan pun, after sometimes the colours will fade.
3. a good project to do with kids. especially kalau anak perempuan. for sure it will be a good memory for you and the kids.

Hari ni saya nak share contoh-contoh fabric garland.






Actually design tu really up to us. Kat atas tu adalah contoh saja. 

Cara yang paling senang untuk buat fabric garland adalah potong kain kecil-kecil lebih kurang 2 inci panjang and ikat kat tali panjang. Dah siap...  Sangat sesuai untuk aktiviti masa cuti sekolah ni...

Friday 11 October 2013

Sewing Room Ideas

Sambil relax-relax di petang hari jom kita jenguk-jenguk sewing room ideas.

Sebenarnya saya pun takde proper sewing room. Just a little corner of the house. Alhamdulillah, anak dah besar ni tak kacau pun walaupun time menjahit tu kadang-kadang bersepah sikit. Tapi yang pasti, ruler memang akan jadi 'pedang' diorang. Haha... tapi saya tak kisah. Asal diorang happy... :)


Sewing room kat atas ni sangat kemas kan. Island table sebagai tempat potong & menjahit. Ada rak untuk letak kain, ada tempat gantung. Yang best ada table untuk working area. Oh... bestnya!


Ini pun best gak ni. Ada meja untuk potong kain. Ada rak susun kain, ada tempat gantung renda kat dinding tu. Ada working table jugak. Dengan warna yang sweet gitu memang tenang untuk kita menjahit.


Tempat gantung ni pun menarik gak. Selalu kat TV kita tengok diorang letak benda ni kat garaj untuk gantung screwdriver camtu kan. Idea yang bagus jugak untuk letak kat sewing room kan. A very good idea!


Ha.. ni lagi satu. Comelnya...! Small space tapi boleh fit macam-macam kat situ. Ada tempat letak kain & stuff. Ada meja kecil untuk letak mesin jahit. Ada tempat gantung. Ada ada rak kecil kat atas tu ha. Kalau kes camni mesti potong kain kat atas lantai. Haha... macam yang kita selalu buat. Hehe...

Hmmm... rasa best je usha sewing room orang kan. Later, bila-bila kita pun boleh ada sewing room gak. Dah boleh start dari sekarang kay... Ha... masa ni nak try buat Vision Board ni!


Monday 30 September 2013

Tutorial Simple Bag


Actually buat beg ni untuk gantikan beg susu anak yang dah koyak. Biasa pakai beg non-woven yang selalu dapat free tu. Biasa, beg ni memang tak berapa kuat kan.

Inilah beg yang berjasa tu. Terima kasih kepada Toyota for the free gift!


Saya biasa guna short cut iaitu all the measurement kita ambil dari beg yang dah koyak tadi.

Lepas dah ukur, kita potong kain. Seperti biasa heavy cotton adalah pilihan yang terbaik untuk buat beg yang lasak-lasak ni.

Kita perlukan:
- Main Body
- 2pcs untuk belah kiri & kanan
- 2 pcs untuk buat tali beg


Main Body

2 pcs untuk side kiri & kanan

2pcs untuk buat tali beg.
Untuk buat tali beg, boleh refer post: Tutorial Tali Beg.


1. Mula-mula jahit tepi untuk main body & side kiri & kanan. Tali beg tak perlu.



2. Kemudian, lipat main body & side kiri kanan tadi, lipat dua & tandakan. 

Dengan cara ini kita dapat tandakan bahagian tengah-tengah kain dengan mudah.

3. Sambungkan main body dengan side kiri & kanan tadi menggunakan jarum peniti. Pastikan tanda tengah kain tadi bertemu satu sama lain. 

Selepas dah cantum, ia akan kelihatan seperti di atas. Beg yang separuh siap tapi belum dijahit.

4. Kemudian kita jahit di sekelilingnya. 

Kita akan dapat beg yang separuh siap seperti di atas. 


5. Selepas itu, jahit pula di bahagian tepi luar beg.

Jangan lupa setkan jarum ke kanan.


Kita akan dapat hasil seperti di atas. 

6. Seterusnya, lipat bahagian atas beg sebesar 1/2 inci & gosok. 

7. Kemudian, lipat lagi sebesar 1 inci & gosok.

8. Setelah itu, kita sisipkan tali beg ke bawah lipatan tadi & pinkan.

9. Jahitkan keliling bahagian atas beg. 

Hasilnya seperti di atas.

10. Akhir sekali, lipatkan tali beg ke atas & jahit di bahagian atasnya pula. Masa ni, setkan jarum di bahagian kanan. Jahit keliling.

11. Inilah hasilnya; a simple bag. Simple je kan...


Actually beg ni untuk letak susu anak bila balik kampung.




 Saya harap anda semua faham tutorial ni. Kalau ada apa-apa persoalan atau kemusykilan boleh komen kat sini. InsyaAllah saya akan bantu. Diharapkan perkonsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Tutorial Tali Beg

Untuk tutorial tali beg kali ni, kita guna kain heavy cotton.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Kain heavy cotton yang dipotong
Seterika
Benang
Mesin jahit


 Mula-mula kita potong kain panjang ikut yang kita suka & lebar 4". Dengan lebar 4" ini kita akan dapat tali beg yang dah siap dengan lebar 1".


 Kemudian, lipat dua & gosok kedua-duanya. 


Lepas tu, buka lipatan tadi & lipat separuh kedua-dua belah tepinya (seperti gambar di atas). Kemudian gosok.


Inilah hasilnya lepas dah gosok.


Kemudian, lipat dua lagi sekali & gosok.


Selepas gosok tu kita akan dapat macam ni. 


Ok dah habis sesi melipat & menggosok, sekarang masa untuk menjahit pula. Kita jahit bahagian kiri & kanan tali tadi.


Masa ni adjust jarum ke sebelah kiri supaya jahitan berada betul-betul kat tepi tali. 


Inilah hasilnya selepas kedua-dua tali tadi dijahit. Lebar tali ni adalah 1".

 Untuk dapatkan kelebaran yang lain, anda cuma perlukan darabkan lebar sebenar dengan 4. 

Sebagai contoh, kita nak buat tali selebar 2", jadi kita perlu potong lebar kain tu 2"x4 = 8". Lepas tu ikut cara seperti di atas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Tubey Pouch Dah Siap!


Alhamdulillah, dah siap pun projek tubey pouch ni. Ada berapa semuanya? Entah la tak sempat kira ari tu. Once siap je terus iron & pack. Over excited. Hehe...


Ini talinya guna reben putih. Actually kita pakai apa yang ada kat rumah ni je. Memang dah hobi mengumpul benda-benda macam ni kan. So guna je la.


Dah habis reben putih tu kita pakai reben hijau ni. Bila dah siap baru perasan yang tekstur reben tu macam kasar sikit. Harap-harap ada la kegunaannya nanti kat sana.


Ok yang ni kita pakai tali barut. Memang lembut. Beli dah lama tapi baru sekarang guna. Alhamdulillah, bila kita niat buat baik, InsyaAllah dipermudahkan urusan kita.

Actually ada perkara menarik yang berlaku masa dalam proses buat sarung bantal & tubey pouch ni ari tu. Insya Allah kita akan kongsikan nanti dengan harapan ramai orang dapat manfaat dari perkongsian tu nanti.