Wednesday 15 April 2015

Adjust Kain Berlubang

Seronoknya dapat siapkan dress ni. Dress panel cut. Kain pun sangat cantik, lembut & sejuk. Love the colour too... Dull satin... Kan tengah 'IN' sekarang kan...

Untuk dress ni saya buat dress princess cut & potong gigi buaya. Rupanya kalau potong gigi buaya memang cantik jadi dress-nya. Nampak flowy & fefeling princess jer.... hehe...

Memang buat dress ni nak plain je. Sebab buat pun untuk ambil anak balik sekolah je. 

TAPI..... 

Sayangnya kain ni berlubang kat tengah-tengah. Adjust macam mana pun terpaksa kena juga. Kain ni beli kat Nilai 3. Nasib baik hari tu dapat extra kain sebab dah jadi regular customer. Ataupun dia dah tahu... ish.. tak baik sangka buruk kat orang...

Ok sambung... 

Sebenarnya kalau dari jauh tak nampak. Tapi sebab kita dah tahu so agak nervous nak terus pakai. (macam la ada orang nak tilik baju kita... perasan...)

Nasib baik juga lubang tu kat depan & area tu boleh di-adjust lagi.

Ini gambar closed-up lubang tu. Nampak cenonet kan tapi takut dibiarkan nanti lama-lama jadi besar lak. Lagi payah nak di-adjust nanti.

Penyelesaiannya....

Inilah penyelamat keadaan. 
LACE

Beli yang lebar supaya ter-cover betul-betul lubang tu nanti.

Mula-mula pastikan adakah lace tu boleh cover lubang tu.

Lepas dah confirm, kita boleh la jahit lace ke badan baju. 

Dah siap.... 
Untuk lace saya jahit pakai mesin je sebab design dia simple.

Yeay...! Dah boleh tersenyum sekarang.

Dress yang biasa-biasa 'terjadi' luar biasa.

Nampaknya dress ni pakai gi kenduri pun ok kan. So sapa-sapa nak buat kenduri boleh jemput saya. 

Kalau sesiapa ada baju berlubang boleh la try tips ni. :)

Untuk yang berminat nak tempah dress boleh contact 013-2256707.

Thursday 2 April 2015

Dress Princess Cut

Saya memang minat menjahit. Tapi sebenarnya bukan pandai sangat pun... Cuma bila dah teringin tu memang akan cari sampai dapat.

Ceritanya nak pergi belajar kat mana2 kelas yang boleh ajar buat dress ni. Tapi semua kelas biasanya during weekend which weekend memang biasanya packed dengan aktiviti family. 

So godek2 la internet. Alhamdulillah... ada juga yang share kat internet ni cara nak buat dress.

Antara benda yang paling saya fobia adalah nak buat pola. Tapi kalau takde pola camana nak buat dress kan...

So saya teruskan usaha mencari...

Cari punya cari terjumpa la akhirnya....

Untuk buat pola dress saya refer kat sini -----> Cara lukis pola princess cut - florabeadz

Kat situ tunjuk cara nak buat gigi buaya sekali. 

Okay dah settle satu hal tapi nak kena cari cara buat pola tangan lak. Ni lagi satu benda yang saya seram. Sebab kalau tak betul potong tangan nanti tak sedap pakai jadinya.

Cari punya cari, terjumpa la beberapa blog yang share cara nak buat pola tangan. Dalam banyak-banyak tu saya paling suka kat blog Inayus.

Untuk pola tangan saya refer kat sini ---->  Cara lukis pola tangan - Inayus

Dan inilah hasilnya:

Bahagian depan

Bahagian belakang.

Jubah basic ni tak kembang macam kembang payung tu. Rasanya kalau potong ikut gigi buaya baru dapat kembang payung kot. But just nice la....

Pandangan sisi.

Berjaya jahit zip sorok dengan tersoroknya....

Untuk dress a.k.a jubah basic ni boleh guna 4 meter je untuk yang berbadan kecil a.k.a rendang cam saya. Kalau tinggi kena pakai 4.5 meter. 

Terima kasih pada anda yang rajin share tutorial kat blog atau pun youtube. Sangat-sangat membantu orang cam saya ni....