Tuesday 25 March 2014

Sample Bag

Weekend hari tu try buat sample bag as requested by a customer. Pic as above. Cantik kan. Frankly speaking saya tak pernah buat braided handle camtu. So kali ni nak try la kan...

So weekend baru ni I spent some time untuk buat. Alhamdulillah everything went well except kat part braided tu. Dah pusing & adjust banyak kali pun tak jadi. So untuk kali ni I surrendered. Penyudahnya saya buat adjustable strap je. 








Bila dah siap, rasa cam cantik gak ni... Jadi on the next day dah selamat pun bag ni gi jalan-jalan. Hehe... Walaupun tak dapat buat sebijik cam sample tu tapi rupa dah almost sama, just different version kat handle part je. Anyway, saya happy sebab dapat beg baru... :)

Tuesday 18 March 2014

Fabric Gift Bag - Multi Purpose Bag

Alhamdulillah, anak yang kedua dah berusia 4 tahun tahun ni. Syukur sangat Allah beri kesempatan untuk nikmati kebahagiaan mempunyai anak. 

Sempena birthday anak saya bercadang nak bagi fabric gift bag untuk kawan-kawan di tadika. Kali ni nak bagi multi-purpose bag. Tapi once anak tengok dia kata pencil box. Okay, apa-apa la kan...


Ini adalah antara fabrik yang digunakan. Untuk projek ni as usual pilihan saya adalah heavy cotton. Sebabnya kalau untuk bag kecil tak letak lining pun dah cantik dah. Jimat masa... :)

Saya sangat seronok buat projek ni sebab last minute. So bila dah last minute tu segalanya dah buat cepat2 je la kan. 

Untuk ukuran, sangat sempoi. Ukuran adalah sebesar A4 paper. Ukur pastu terus potong. Lipat dua, jahit zip, pastu jahit kiri kanan. 

Untuk aksesori, saya letak key-chain loceng. Budak-budak suka... :)









Ini the first design.




Ini the second design. 

Sebab ada 2 design adalah budak sekarang tak suka sama dengan kawan2. Kalau sama pun mesti nak ada yang lain macam colour, aksesori atau gambar. Tu sebab buat ada macam2 design & colour.

Okay that's all for now. Harap post kali ni dapat beri idea kepada ibu-ibu atau anda yang ada plan nak buat gift bag untuk majlis istimewa.

Friday 7 March 2014

Rotary Cutter

 

Rotary cutter sangat berguna untuk kita jahit craft. Sebab bila potong kain pakai rotary cutter ni potongan jadi elok. Sebab bila pakai gunting kalau tak betul cara pegang, ataupun bila tersalah condong sikit nanti jadi tak berapa tepat potongannya. Especially bila nak potong untuk projek quilting. 

Nak pakai rotary quilt ni mesti ada kawan dia iaitu cutting mat. Kalau kat dalam gambar tu yang warna hijau. Rotary cutter ni tajam so takleh potong atas meja nanti meja bercalar pastu mata cutter tu pun tumpul. Tu sebab kena pakai cutting mat.


Cara nak guna boleh tengok kat atas. 

Kalau saya sebenarnya saya lebih suka pakai gunting. Cara tradisional. Dah ada dah kat rumah benda-benda kat atas tu tapi lebih selesa pakai gunting. Ini pendapat saya. Tapi saya tengok otai2 kat luar banyak pakai rotary cutter. So u all pilih la sendiri ye. Masing-masing punya citarasa... :)


Thursday 6 March 2014

Ideas For Party Bag

 Sekarang dalam mood cari idea untuk birthday my second son. Actually plan nak bagi something handmade since mummy pandai jahit-menjahit ni kan...

First, ingat nak buat party bag macam kat atas ni. Simple & senang untuk budak-budak tadika.

Then, terfikir lak nak buat lunch bag macam kat atas ni. Tapi bila fikir balik kita kat Malaysia tak pakai sangat lunch bag macam ni.


Lepas tu terfikir lak nak buat coin purse je la. At least kalau diorang tak pakai mak diorang boleh pakai. Masa tengah search tu terjumpa lak coin purse kat atas ni. Macam cantik jer... Macam comel jer...

Apa-apa pun bila dah siap nanti saya akan share-kan di sini. Tunggu... :)

Sunday 2 March 2014

Laundry Bag versi IBF

Biasa tak tengok laundry bag.. Selalunya yang kita boleh beli kat kedai rupa macam yang kat atas tu kan. Memang senang & simple. 

Tapi sebagai pembuat beg tegar... chewah! Macam tak cantik je pandangan bila tengok laundry bag camtu kan... 

So projek kali ni adalah buat laundry bag yang tak nampak macam laundry bag. Stylo la sket kan...

Langkah pertama adalah saya beli beg yang macam saya nak buat dulu. Ini adalah untuk dapatkan ukuran dan guide untuk buat bag nanti. So kalau ada macam tersasar je boleh check apa yang tak sama. Saya panggil sebagai guide la kan senang.

Ini adalah sample bag yang akan di-TIRUVASI. Beli kat kedai RM2 je. Tapi maaf... beg ni bukan berharga RM2, almost RM10. Macam cantik kan... Tapi disebabkan material dia adalah plastik, so pakai 2-3 kali memang insyaAllah ranap. 

Langkah yang pertama adalah ambil ukuran dulu. Pastu catatkan di buku nota. 
Sila abaikan tulisan yang berseni tu ye. Orang kreatif memang tulisan macam tu... Senyummm...! :D

Kemudian, kita potong kain. Untuk main body & tali saya gunakan dua kain yang berlainan. Kalau nak lagi senang, boleh juga tali tu guna cotton webbing je.

Untuk makluman, beg ni takde lining.

Ini kain untuk main body. Cantik kan... 

Seterusnya, jahit tepi untuk main body. 

Lepas tu, jahitkan zip. Saya gunakan zip warna pink untuk menampakkan contra warna beg nanti.

Kemudian jahit lagi sekali lagi kat bahagian luar untuk nampak lebih kemas.

Oppp... jangan lupa siapkan tali. Untuk beg ni kita perlukan tali beg yang panjang.

Sebabnya tali beg akan dijahit ke sekeliling main body. Kenapa... Sebab laundry bag ni besar & kalau fully loaded akan jadi sangat berat. So tali beg tadi akan menampung berat beg. Dah macam kelas sains lak... I luv science class... :)

Lepas tali dijahit ke main body, kita cantumkan main body tadi menjadi sebuah beg.

Ini adalah beg yang dah siap, dibandingkan dengan beg yang dibeli di kedai. Macam sama jek...

#Minta maaf tak dapat buat tutorial untuk laundry bag ni sebab masa tak cukup. Last minute project...
Apa-apa pun... Saya suka! Saya suka! :)